Wednesday, May 12, 2010

Kes Liwat 2 - Untuk Yang Mahu Berfikir

Rentetan kisah kes liwat 2

Pada 24hb Jun 2008 - Saiful telah menemui Datuk Seri Najib dirumahnya memberitahu dia telah diliwat oleh Anuar Ibrahim

Pada sebelah malamnya pula Saiful setelah ditelefon oleh ACP Rodwan telah bertemu dan berbincang di Hotel Melia mengenai kes liwatnya.

Laporan berita sebelum ini telah menyatakan PM Najib (masa itu TPM) ada berjumpa Saiful di pejabatnya di mana Saiful mendakwa telah diliwat oleh DS Anwar. "Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan, tangan seram sejuk." antara kata-kata DS Najib, lihat http://www.malaysiakini.com/news/85537

Dalam berita ini juga diberitahu Saiful pernah datang ke rumah DS Najib mengenai permohonan biasiswa.

Pada 26hb Jun 2008, Saiful pergi bertugas dan mendakwa telah diliwat oleh DS Anwar di sebuah kondo di Damansara antara pukul 3 hingga 4.30 petang.

Pada 27hb Jun 2008 - Saiful masih lagi pergi bertugas seperti biasa. Pada petangnya telah menghantar email kepada DS Anwar memohon berhenti bekerja atas alasan selalu datang lambat dan tiada kelayakan.

Pada 28hb Jun 2008 Saiful telah pergi hospital membuat pemeriksaan dan buat laporan polis.


Persoalannya:

1. Pada 24hb Jun, DS Najib jumpa Saiful di rumahnya (mengikut keterangan Saiful di mahkamah) atau di pejabatnya (mengikut kenyataan DS Najib pada pemberita)

2. Setelah berjumpa TPM DS Najib dan selanjutnya pegawai polis ACP Rodwan pada malamnya, mengapa datang lagi menyerah tubuh pada esoknya pergi bertugas dengan DS Anwar. Sudah hilangkah ketar dan seram sejuknya dan apalagi setelah dapat back-up TPM dan polis? Tapi kenapa terjebak jugak?

3. Adakah ini kerelaan atau dengan rela? Atau sengaja datang untuk dipaksa diliwat?

4. Kalau sudah sekian kalinya diliwat tanpa rela (7 atau 8 kali), silakanlah beritahu tarikh, masa dan tempat kejadian sebelumnya. Adakah setiap kali diliwat, tidak boleh berak 2/3 hari? Adakah ini trendnya?

5. Jumpa DS Najib dengan ketakutan dan seram sejuk mendakwa diliwat, sepatutnya sudah buat laporan polis, bukannya menggadai tubuh untuk diliwat lagi.

6. Apa buat bincang-bincang lagi dengan polis ACP Rodwan - buatlah laporan polis, bukan bincang di hotel dengan polis.

7. Sekiranya Saiful - setelah berjumpa DS Najib dan ACP Rodwan - pergi bertugas dan menyerahkan tubuhnya untuk diliwat sekali lagi untuk dijadikan bukti kes, maka ini sudah pasti liwat dengan rela atau liwat yang dinanti-nantikan............... maka seharusnya Saiful mesti juga dihadapkan di mahkamah untuk tuduhan liwat dengan rela dan mendapat hukuman yang sama.

- Untuk yang mahu berfikir demi menidakkan ketidak-warasan.



3 comments: